Pisah itu pasti.

Masjid.Beberapa minit selepas solat Maghrib.
Suasana orang yang sedang solat hajat,solat ba'diah,solat taubat,solat istikharah mungkin?

"Kak Afif.."

Kedengaran suara berbisik memanggil Afif yang baru selesai berdoa.

Afif memandang belakang.Mencari pemilik suara.
Dia tersenyum.Perlahan dia mendekati junior perempuan Form 2 itu.

"Gapo dio,dik?"

"Malam ni tidur musolla sama-sama nak?"

"Dah minta izin Exco musolla?"

Junior itu mengangguk.
Kelihatan sungguh excited apabila mengajak seorang akak Form 5 untuk tidur bersama dia dan beberapa kawannya yang lain.

Afif tersenyum.

---

"Bantal,selimut,snowcap,sweater,telekung."

Afif mengira keperluan yang ingin dibawa ke musolla.
Macam ada yang kurang.

"Al-Quran?Ouh ya!"

Cukup.Bagus!

---

Langkah diatur.Dua anak tangga dilangkah semasa turun tangga.
Saja,nak kasi style sikit perjalanan ke musolla.

Selipar susun.
Kalau tak nanti kena campak selipar tu ke bawah.Pengawas Badar sekolah aku yang akan campak.
Disiplin dan kekemasan punya hal.

Masuk kaki kanan.
Musolla en,kena lah hormat.
Tempat teragung ni.

"Kak Afif!"

"Meh lah sini!"

"Akak tidur sebelah saya!"

"Akak tidur sini sikit lah.Sebelah saya!"

"Akak tolong lukiskan kerja saya ni!"

"Akak,jom lah baca Quran macam hari tu!"

Afif tercengang.
Enam junior tingkatan 2 di hadapannya itu sungguh tidak matang.

Afif maju beberapa langkah ke tengah.
Straight bawak kipas.

"Okay.Akak nak tidur sini."

Tempat paling strategik.Wahaha~

"Okay,korang ni dah baca Quran belum?Al-Mulk and Al-Kahf?"

"Dah."

"Okay,akak pun dah.So,proceed.Meh homework,akak tolong.Tapi jangan berebut.Satu-satu."

---

Masing-masing dah tidur.Letih buat homework.
Afif pun letih mengajar sebenarnya.

Tinggal Afif dan Afza,yang hampir siap membuat tugasan seni visual.

Afif merebahkan tubuhnya.
Begitu juga Afza.Selepas menutup buku lukisannya.

"Akak,saya minta maaf."

"Ni awat ni?Tetiba je."

"Saya kan banyak buat masalah.Selalu susahkan akak.Buat akak rasa terbeban."

"Hye,semua orang ada masalah.Akak tak rasa itu satu beban pun.Lagi akak suka bila dapat tolong awak."

Kelihatan Afza mengesat matanya.
Tak tahulah sama ada masuk habuk,atau masuk air.

"Akak,kalau boleh saya taknak berpisah dengan akak."

"Asal jiwang sangat ayat ni?Haha.."
Afif tergelak kecil.

"Tahun ni akak Form 5.Next year akak dah takde kat sini lagi dah."

Afif tersenyum.

"Berpisah itu je.Bukannya berpisah antara tanah dan dunia."

Afza memandang Afif.
Matanya yang merah seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Akak,nanti jangan lupakan kami ye."

Afif tersenyum.

"Ye,tidurlah."

---

2.30 pagi.

Afif masih belum boleh melelapkan mata.
Terngiang-ngiang kata-kata Afza tadi.

Afif memadang Afza di sebelahnya sambil meletakkan tangan ke tempat jantung.

"Selagi Allah izinkan benda ni untuk terus kuat berfungsi,selagi tu kita takkan terpisah."

Mata dipejam.
Kumat-kamit mulutnya berzikir supaya mengantuk.


NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. Like part selipar tu nnti kene campak kalo x susun ... muahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengawas Badar memang laa kejam.Takpe,nanti sengetkan selipar depa!

      Delete