Extra jdk_wt



Actually,beberapa orang antara kami (peserta nisa') sedang gigih berusaha semampu daya untuk mengumpul kenangan-kenangan jdk,terutamanya dalam bentuk penulisan.
Doakan kami tabah dan diberi kemudahan untuk menyiapkannya.

*Walaupun spm dah habis,tapi kena khatamkan jugak nota-nota yang disalin untuk siapkan benda ni.Kalau lupa,rugilah.Nanti takde mende nak cerita kat anak cucu ; nenek dulu lepas habis spm,nenek pergi jdk.Haha abaikan.

Dan,kami semua berharap agar tarikh HiMega dipercepatkan.
Supaya tak effect saya dan kami yang bertuah untuk memenuhi tuntutan PLKN walaupun kami tak rela.
Semoga kita dapat jumpa lagi kat sana :D

---

Ehem.
Harapnya gambar tersebut tidak menimbulkan sebarang kontroversi antara kaum

Saja letak gambar Ameer,penyeri dan pemanis JDK wilayah tengah.

Sebab ada peserta yang bila ngantuk je,dia akan tengok Ameer.
Then dia gelak-gelak,pastu tak ngantuk dah.

Betapa kuatnya aura Ameer ni.

Baiklah.Tu bukan topik utama kita.

Selepas hampir seminggu kita jadi alumni JDK,ada juga dapat feedback dari nisa'
Kami ada group whatsapp,so senang nak follow up.
Senang juga nak stalk through instagram,twitter dan fesbuk memandangkan mereka semua jenis canggih-canggih.

Apa yang jadi lepas kami masuk jdk,
The before and after jdk.

Kalau dulu lepas habis spm,just fikir
Nak kerja then dapat gaji boleh shopping sendiri.
Lepak dengan kawan kat mall gelak-gelak sambil flashback zaman rebell kat sekolah
Khatamkan drama korea dan episod-episod running man
Dating dengan buah hati  *walaupun takde buah hati
Qada' tidur sebab time spm selalu tidur lambat kononnya stay-up
Ambil lesen kereta then boleh bawak kereta kancil penuh bergaya
Nak bina badan kepul-kepul ketak-ketak
And else.

Serioustalk,tak productive langsung perancangan.
Takde gaya 'kehidupan seorang muslim'.
Sikit pun takde.

Ini lah kita sebenarnya.Tanpa sentuhan tarbiyyah.

Nampak sangat yang kita ni cuma kejar exam.
Bila habis exam,declare dah bebas.
Kononnya dah besar panjang,dah matang and boleh fikir sendiri,

Aku pun sama.Zero kut.
Habis spm was like habis tarbiyyah untuk aku,

Sebab time tu dah takde orang nak tegur,nak ajak buat baik selalu.
Takde dah nak kena masuk bilik neraka (bilik disiplin) kalau rebell.

Mujurlah ada JDK.  *ceyy promote.

Alhamdulillah,
Ada tenaga-tenaga manusia yang berusaha untuk membangunkan anak bangsa.
Berorganisasi untuk jalankan kem jati diri dan kesukarelawanan.
Yang aku kira,usaha mereka ni adalah salah satu usaha yang mulia.
Memberi manfaat kepada peserta seluruhnya.

19 hari,non-stop kena basuh,bilas dan di-dynamo oleh orang-orang hebat.

Belajar macam-macam.
Mind-refreshment,syajaratun aqidah,sirah sahabat.
Belajar berenang.Belajar buat tandas.
Belajar masak,menjahit,masuk hutan,jaga hutan,jadi orang hutan.

Bila dah habis jdk,rasa sunyi pulak.
Takde dah sahabat sahibah.Takde dah Ameer nak buat lawak sambil hulur muruku.
Takde abg fasi nak prank,nak balik phone BB.
Takde orang nak marah-marah pasal tak punctual masa *ni amir amirah da ketua kumpulan kena
Takde kak izzah nak round bilik suruh tutup lampu
Takde dobi nak basuhkan baju.
Takde makanan yadim yang sedap-sedap.
Juga takde Pakcik Kadir yang nak tangkap gambar.  *ceyy

Yang ada cuma kita,dengan ilmu yang kita bawa dari jdk.

Sama ada ilmu tu kita guna,amal dan buat perancangan untuk improve diri to be a better person
Atau ilmu tu kita just letak tepi,guna bila perlu.Biar berhabuk ilmu tu.

Rugi tenaga 19 hari kalau kita abaikan macam tu je.
Rugi masa yang kita kejar-kejar sampaikan kalau lambat kena push-up.
Rugi duit RM 550 yang punya susah aku nak dapat.
Rugi akak abang fasi bebel.
Rugi ilmu yang orang hebat-hebat bagi.
Rugi semua!

It was like
Belajar addmath susah-susah,faham formula and berjaya jadi 'pandai' sekejap waktu tu
Tapi bila balik,lupa semua.
Pfft.

Tapi aku yakin,bagi manusia yang ada akal sihat dan masih waras,
Dia takkan biarkan masa 19 hari tu berlalu dengan useless thing.

"Ana cuba jugak nak produktif kan diri.Tak ada lah asyik dok terperap ternak lemak je dalam bilik.Atleast i will do something yang akan bawak manfaat kat diri even just tengok movie laskar pelangi."

"Sekarang dah start baca buku yang dapat masa kat jdk hari tu.Seems interesting.And tengah belajar guna photoshop.Rancangnya nak share ilmu yang kita dapat sepanjang 19 hari dalam bentuk grafik menarik."

"Ana sekarang dah pandai berenang." -_-

Baiklah.Itulah antara feedback nya.Tu baru sikit.Tu baru yang terluah.
Belum lagi campur yang kat dalam hati ni.

Alhamdulillah,ada perubahan sepanjang seminggu ni.

And for sure,banyak lagi perancangan menanti.
Improve diri dari hari ke hari.

Kakak2 dan abang2 fasi,juga tenaga Haluan,
Doa-doakanlah kami.

Walaupun masih banyak keburukan dan kelemahan yang masih tersisa,
Kami tetap akan terus mencuba.

Sampai berjaya,In shaa Allah!

Maka,nantikan.
Jumpa di HiMega. *ceyy promote lagi.

Sekian.Alhamdulillah untuk segalanya.
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment