The jdk_wt.



The Vogue.
The JDK wilayah tengah.
The syabab and nisa'.

First of all,ini bukan entri umum.
Ini adalah entri kepada mereka yang join camp ni.
*so kalau rasa malaih nak baca,boleh scroll pi kat entri yang bawah-bawah

Memang rancang dari procast,nak join jdk ni.
Awal-awal dah rancang,pakat ramai-ramai dengan sahibah.
Even aku tau kos dia agak tinggi.

Cecah ratus ratus ratus ratus ratus gak lah.
Tapi dah rezeki,ada seorang doktor ni biaya separuh dari kos tu.Kiranya aku bayar 1/3 centu jelah.
Alhamdulillah Allah mudahkan.

Bagi aku,kami semua adalah mereka yang terpilih.
Daripada ribuan manusia batch 97 yang menghabiskan masa cuti disembernya dengan benda bukan-bukan,kami di sini.

Kami ditarbiyyah. *ceh ayat~

Seperti melalui satu waktu.
Waktu-waktu cinta bersama sahabat dan sahibah seperjuangan.

Yang berkawan atas dasar keimanan.

Perlahan-lahan,di situ kami dibentuk.
Start dari akidah,sampai survival hidup.

Yang paling buat aku ternganga,
Aku tak pernah rasa satu suasana di mana orang-orang hebat yang soleh,berkumpul.

Membentuk satu jemaah atas dasar satu akidah.

Ada kat situ mereka yang berpangkat doktor.
Lecturer.
Profesor.Profesor Madya.

Tapi lek je : Panggil je makcik pakcik.Kita kat sini satu keluarga.

Serioustalk.Respect melangit.

Kat situ makanan dia sedap.
Kat yadim lagi sedap makanannya.

Makan enam kali sehari.Enam kali.

Tengah malam,mesti lepak kat dewan makan.
Lagi best bila ada pakcik megat.Dia bagi kami makan banyak-banyak malam tu.

Lagi heaven,bila dia bagi bawak balik roti banyak-banyak.

"Pakcik suka tengok korang makan banyak.Hah,amek lagi."sambil hulur makanan.
Err,habis tu rugi je Pakcik Hamdan ajar fitness,tapi kami tak kurus-kurus.

Ok,itu bab makan.Hanya sahibah je yang tahu tahap addicted aku terhadap makanan kat yadim terutamanya.

Bab checkpoint.
Aku takpernah jumpa lagi game yang guna checkpoint,40 minit masa diberi,just untuk tazkirah.
Pengisian hati.
Bukan perut je yang kenyang,hati pun kenyang kut.

Pergh,best tahap giga.
Sebab rasa terisi.Rasa banyaknya ilmu dapat dari makcik-makcik yang super hebat.
Dah berumur,tapi still berbakti pada umat dengan sisa usia yang mereka ada.

Bab hutan.
Bab kapten Shahrul,orang yang jaga hutan.
Orang hutan.Orang yang jaga hutan.
Okay,abaikan.

Ni pun sama.Selama ni,kem yang aku pergi yang melibatkan aktiviti hutan,takpernah aku jumpa kapten yang jaga bahasa.
Yang aku pernah jumpa,kapten yang bahasa dia pergh gila melampau,cakap melepas.

Tapi Kapten Shahrul tak macam tu.
Dia lagi jaga dia punya akhlak,bahasa dan masa dari peserta.


Ok,seems like banyak nya word 'takpernah aku jumpa'.


19 hari ni.Aku harap tak pergi begitu sahaja.

Hari-hari yang menyentuh.
Hari-hari bersama syabab dan nisa' sang laskar pelangi.

Bismillah.Moga umat Islam terus mewarnai dunia dengan warna-warni islam.
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment