Cenni baru kawan namanya!

Dulu,
pernah ada seorang akhi yang jatuh,
dek tohmahan masyarakat yang tak henti menuduh.

Dulu juga,
pernah ada seorang gadis yang menangis tidak henti,
dek mulut sampah masyarakat yang tak henti mencaci.

Kini,
akhi itu bangkit.
Dan gadis itu juga mampu tersenyum semula.

Kerana seorang sahabat yang tak pernah berhenti menguatkan dan menarik tangan mereka kembali ke jalan-Nya.

Manusia.
Susah nak lepas dari mulut yang suka menghina.
Mencaci.Mengumpat dan mengeji.

Manusia ni termasuk kawan kita sendiri.
Kawan yang sebenarnya lawan.
Dengan orang macam ni,
jangan jauhi,tapi kena hati-hati.

Time ni,
Baru kita akan nampak,
siapa sebenarnya KAWAN.

Yang mungkin akan hilang bila kita dah bangkit dari kesusahan ni.
Dan mungkin akan datang balik bila kita susah semula.

Aku ingat lagi dulu,bila aku start 'memajukan' diri aku dalam segala segi(kononnya),
ramai orang mengutuk.

Kata aku berlagak.Hipokrit.Super annoying.
Siapa tak down kalau macam ni.

That moment,aku nampak siapa kawan aku yang sebenar.
Slowly,dia tarik aku cari Allah.
Hulur Quran suruh aku baca.Ajak aku solat dhuha,berzikir,berselawat.
Tak henti-henti 'push' aku supaya kuat.
Kuat dengan adanya Allah.

Dia daripada Allah.
Allah datangkan dia kepada aku supaya aku jadi lebih kuat dan tough untuk mencari-Nya.

Slowly jugak aku bangun.
Bangkit dari kesedihan dek mulut manusia yang takkan pernah berhenti mengutuk.

So,nak buat macam mana kalau mulut orang tu 'buzzing' dok mengutuk orang lain?
Kita bukan Superman yang boleh stopkan kata-kata busuk depa.

Yang penting hati kita ni.
Kalau kita berubah sebab Allah,
In shaa Allah,Dia sendiri yang akan permudahkan laluan kita untuk mencari-Nya.

Dengan mendatangkan sahabat seperti dia untuk mewarnakan suasana dalam hati kita seceria taman bunga.
Dan mendatangkan rama-rama chenta untuk kita lebih seronok dan rasa 'rare' untuk mencari-Nya!

In shaa Allah.
Allahu Musta'an.



NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment