Agar mereka lebih hormat :)



Ehem.
Kepada anda yang sedang membaca,sila refresh minda.
Takut-takut nanti mengamuk dan bertukar menjadi Hulk pula bila baca entri ni.

Kita mulakan cerita.

Alkisahnya,tadi aku ambil test computer untuk driving.
Pagi.Waktu yang biasanya aku akan mengantuk -_-
*ok takde kaitan.

Waktu sedang menunggu,aku terlihat dua orang gadis cantik. *ecewah!

Dan aku terlihat satu situasi.

Nak dijadikan cerita adalah melalui pakaian mereka berdua.

Ok.Gadis first ni aku letak nama dia A.Sebab aku puas hati+rasa nak tepuk tangan tengok pakaian dia yang aku kira gred A dalam Islam.

Dia-A ni pakai jubah hitam.Tudung hitam yang tutup dada.Sneakers kelabu.
Mungkin nampak macam malaikat maut sikit.Sebab pakai jubah hitam dan hitam semua.
Macam Maleficent pun ada jugak sekali pandang.
Like a woman in a black.

Gadis kedua ni pula aku bagi B.
Gred B.Pakaian dah ok.Just singkat dan sedikit ketat.Kena modify sikit.

Dia pun baju hitam,seluar hitam straight cut kalau tak silap.Shawl yang agak singkat sikit.Sneakers maroon.

Tiba-tiba ada seorang pakcik yang acah-acah sporting,datang ke arah mereka berdua.
Aku peghati je pakcik tu.

"Adik ni duduk mana?"
Dia tanya kat gadis B.

Maka bermulalah conversation pendek di antara gadis B dan si pakcik acah-acah sporting tersebut.
Walaupun aku nampak si gadis B semacam tak ikhlas melayannya.

Tapi satu benda aku pelik.

Gadis A yang cantik tu ada kat sebelah gadis B.
Namun,pakcik tu tak bercakap langsung dengan gadis A tersebut.

Bukan setakat tak bercakap,pandang pun sekali dua je.
Just kelip-kelip mata je.Sekilas.

Aku rasa,gadis A tu sporting jugak.
Sebab seems like dia berharap agar pakcik tu bercakap dengan dia.
Namun mustahil sampai ke sudah.

Ada ibrah yang aku dapat kat sini.

Orang hormat kat wanita yang macam gadis A tu.
Tak berani kacau.
Bukan sebab takut,tapi sebab respect.
Lagipun probability untuk diabaikan dan dimalukan apabila lelaki mengganggu perempuan sebegini adalah tinggi.
Nampak melalui cara dia menjaga diri dia sendiri.
Sebab dia sayang diri sendiri,dia pakai macam tu.
Tutup.Malu.Terlindung.

And,aku rasa quite vogue cara pakaian macam tu.
Tak kuno.Tak melebih.Tak tabarruj.
Just nice.

Yang gadis B tu pula,mungkin dia kena perbaiki beberapa perkara.
Longgarkan mana yang patut.Labuhkan untuk lebih menutup.
In shaa Allah,kaum Adam akan lebih menghormati anda :)

Jangan risau kalau rasa diri tu buruk bila berpakaian longgar.Sebab rasanya kalau ketat,lagi nampak buruk.Kantoi lah banyak lemak kat bahagian yang diketatkan tu.Banyak lemak.Ok,banyak sangat.

Kalau kurus pulak,orang kata 'eii tulangnye dia'.Maka nak selamat,longgarkan pakaian anda.
Supaya mereka tak bisa menilai tahap kegemukan kita.

Oh ya,kalau nak kata : tak elok hina ciptaan Allah.Dah tu,kenapa kau sendiri tak ambil inesitif supaya dia tak hina ciptaan Allah : dengan cara kau sendiri yang sorokkan bahagian tu supaya dia tak nampak?

Itu aurat.Aurat tu adalah benda mengaibkan,kalau orang nampak.

Jangan juga 'kerut-kerut dahi' andai anda berpakaian labuh.
Contoh paling senang aku bagi : tudung.
Dalam Quran,Surah Annur ayat 31 : 'Hendaklah kalian melabuhkan kerudung menutupi dada...'
*AlQuran yang cakap,bukan aku ye.

Dear sayang,labuhkan tudung tu.Seriously tak lawa dan tak bergaya langsung andai 'mahkota' anda tu terlihat.Tak mahu tengok pun.Seriosuly kaum Adam tak mahu tengok.Labuhkan dan longgarkan juga baju di bahagian punggung.Sebab ni pun dikira mahkota.Malulah kalau orang nampak.

Malu.Sebab antunna ni cantik.
Tapi tak surprise lah kalau kecantikan antunna ni ditunjukkan kepada yang tak layak pandang.

Kita muhsabah.
Repair apa yang patut.
In shaa Allah.

Tapi serious aku kata.
Tutup aurat itu sumpah cool!



NewerStories OlderStories Home

1 comment: