Sedar tak sedar,dah dua minggu dia dengan geng hardcore ni.Aku gelarkan mereka The Havoc.Geng langgar peraturan..Geng perosak keamanan sekolah.Keras kepala.Keras hati.Harapnya tak keras iman.
Geng yang sangat berpengaruh kat sekolah memandangkan 70% dari SEV.P ni pun terdiri daripada budak budak yang hardcore juga.
Lagipun pendekatan budak budak pengawas bajet ni tak betul.Tak friendly langsung.Chill ah.Langgar peraturan je pun.Tu pun nak kecoh satu sekolah.
Sebab tu pengawas kat sekolah ni agak ditentang.
Termasuk aku.Aku yang dulu.
Termasuk aku.Aku yang dulu.
Sekarang tak lagi.Aku bukan lagi budak yang straight dalam bab ni.Aku mula memahami.Mula membuka mata tentang siapa mereka.
Whatever.Aku calon ketua umum.
Mereka semua bawah aku.
Mereka semua bawah aku.
SEV.P aku yang punya!
--
"Alfee,sekarang kau orang paling berpengaruh kat SEV.P kau tahu?"
Alfee mengangkat kening kirinya.Dia memandang Bet di sebelah.Sejak bila?
"Since kau tinggalkan group pengawas poyo tu.Dan bersama dengan kami."
Alfee mengangguk.Agak ah.Dia rasa benda tu.
"Almaklumlah,kami ni ketua segala kejahatan kat sekolah ni.Mewakili hardcore batch bawah,junior-junior kita.Kami lah tunjang nya.Dan Shiro is our 'Ayahanda'."Bet memegang bahu Shiro.
Shiro tersenyum sinis.
"Apa ayahandanya.Tua sangat tu."
"Apa ayahandanya.Tua sangat tu."
Ketawa mereka pecah.Alfee juga turut ketawa.Rasa gembira berada dengan mereka yang sangat memahami.Shiro,Bet,Rash,Sufi,Mell,Aisy,Asii.Masing-masing ada kelebihan tersediri.
Shiro,Syahira Al Haddad.Matang.Memandangkan dia yang kena 'jaga' seluruh budak hardcore kat SEV.P ni.Mana taknya,ada masalah je orang rujuk kat dia.
Bet,Betty Auni.Ceria dan banyak idea.
Rash,Nur Rasyiqah.Gadis yang sangat cantik.Pandai menggoda.
Sufi,Sufi Al Qarni.Berilmu agama.Anak Imam masjid negara.
Mell,Amirah Kamilah.Bijak pandai terutamanya dalam physic,kimia,bio.
Aisy,Aisyah Ayyash.Ganas dan suka senjata.Budak silat olahraga.
Yae,Siti Asiah.Style.Spek hitam Ray Ban dan kasut Vans cukup melambangkan seorang Yae.
Setakat ni,Alfee tak pernah dibiarkan sedih.Nak gurau pun senang,tak ada touching or merajuk.Nak marah pun boleh,diorang terima je.Then,gelak balik.
Everything dengan mereka.
Sampai aku rasa,aku sentiasa dijaga.
Sampai aku rasa,aku sentiasa dijaga.
"So Alfee,apa nama panjang kau?"
Alfee tersedar dari lamunannya.
"Kenapa tanya?"
"Saja.Apa?"
"Alfee Afifah."
Mereka mengangguk.
"Aku rasa kau layak digelar Chucky?"
Meletus ketawa Alfee."Asal Chucky?Seramnya!"
"Muka 'Diana Amir' macam kau ni kena panggil nama ganas-ganas.Baru orang tak berani kacau.Lagipun batch bawah ramai respect dengan kau."
"Respect?"
"Bila kau dengan kami,diorang rasa selamat dan lebih difahami."
"Siapa?Budak-budak hardcore tu?"
Shiro mengangguk.
"Selamat apa maksud kau?Kiranya aku boleh backup kesalahan korang?"
"Eh mana ada.At least kalau kau tak backup,kau akan faham dan cuba handle dengan baik.Bukan melulu je."
Alfee mengangguk.Sampai sekarang dia tak tahu sama ada apa yang dia buat ni betul atau salah.Kawan dengan budak jahat kat sekolah?
Seriously?
Seriously?
"Weyh,aku nak tanya.Kenapa korang tak guna nama sebenar?Why must Bet,Shiro,Yae and else?"
Sufi tersenyum.
"Nanti kau akan tahu."
0 comments:
Post a Comment