| Subhanallah-nya langit! |
Semenjak dua menjak yang agak busy dengan kerja sekolah,video,perancangan asrama dan lain-lain.
Entri kali ni aku terbuka hati nak cerita kisah seorang sahabat aku yang sedang keliru.
Dan aku agak tertarik dengan cerita dia ni.
Moga dapat dijadikan inspirasi.
Entri kali ini hanya pandangan aku.
Tentang purdah.
Mohon agar tiada yang bertukar jadi Hulk bila baca entri ni.
Alkisahnya,dia seorang gadis.
Yang keliru untuk memakai purdah atau tidak.
Lampu hijau parents dah bagi.
Purdah niqab semua dah ada.
Keberanian pun dah ada.
Cuma,dia still keliru.
Nak pakai atau tak?
Aku cerita sikit tentang sifat dia.
Dia cuma gadis biasa.
Yang Allah bagi kelebihan berbagai benda.
Outspoken.
Senang nak rapat dengan orang jahil even dia ni jenis alim-alim.
Happening.Sporting.
Suka berlakon.
Ahaks!
Cuma,dia risau apabila sekarang ni wanita berpurdah sudah menjadi tarikan ramai lelaki.
Kalau lalu je,mesti orang pandang tak sudah.
Dah jadi fantasi.
Semua berangan-angan nak bini yang pakai purdah.
Konon perhiasan dunia bak jambangan bung.
Waduhh!
Dan dia juga takut kalau orang terlalu gian nak tengok muka dia.
Sampai terbayang-bayang macam mana muka dia kalau tak pakai purdah.
Sampai terbawa-bawa ke mimpi.
Ada gak berpurdah tapi upload gamba kat facebook,insta,twitter.
Apa guna pakai purdah kalau macam tu?
Berpurdah bukan ke untuk menutup diri dari jadi bayanagn lelaki ajnabi?
Kena perbaharui niat tu.
Berpurdah untuk Allah.
Bukan nak tayang kat manusia.
HATI
Pernah juga ibunya menasihati,
"Pakaian luar tak melambangkan apa-apa.Yang penting,hati.Iman tu jaga."
Solat.Puasa.Ilmu agama.Dakwah.Tarbiyyah.
Tu semua bukan nombor dua.
Tu semua kena jaga.
Yang patut diutamakan.
Aula yang aula.
Utamakan yang lebih utama.
Yup.Hati.
Tertutup mana pun pakaian,tapi kalau hati kotor tak guna jugak.
Just dapat cover dosa 'tutup aurat' je lah.
And bila berpurdah tu,
Jagalah perangai.
Molek sokmo.
Jaga gelak.Jaga ikhtilat.
Sebab hangpa ni model agama.
Risiko besar untuk datangkan fitnah kepada agama kalau hangpa buat salah.
Lagi satu ulasannya yang aku agak tertarik.
Bila pakai purdah,expectation orang kat kita tinggi.
So bila sekali buat salah,memang orang blame habis-habisan.
Even orang kata manusia ni pendosa.
Tapi benda ni kena jugak ambil kira.
Risau gak kalau jadi fitnah kat agama.
Ataupun jadi ujian dan tarikan kepada lelaki di luar sana.
Kalau bertudung macam biasa,tak ada lah orang letak high-expectation sangat kat kita.
Even hakikatnya,hati kita memang layak menerima 'the high expectation' tersebut.
:D
Lastly,dia mengambil keputusan untuk jadi yang biasa.
Bertudung labuh sempurna.
Tiada purdah.Tiada niqab di muka.
Just biasa.
Yang dalamnya luar biasa sebenarnya.
Yang penting hati.
Tak semestinya gadis berpurdah itu confirm masuk syurga.
Dan tak semestinya gadis biasa itu tak bisa ke syurga.
And..Aku tetap menyokong dia melalui hati.
Moga tabah.Moga takkan menyerah sampai Jannah.
Purdah adalah pilihan. Juga adalah sebahagian dari fesyen.
ReplyDeleteTujuannya adalah untuk lebih menjaga hati. Hati sendiri dan juga hati orang lain.
Kalau kerana purdah lebih merosakkan hati, maka periksa balik niat. Kerana Tuhan?
So true-ahsanta!
Delete