Niqabis vs ni-kobis




Purdah,kain yang menutup hidung dan mulut.
Niqab,kain yang menutup dahi,hidung dan mulut.
Burkha,kain yang menutup seluruh muka (tapi tak bermakna mereka tak nampak jalan raya).


Haish,
Agak berisiko sebenarnya bila tulis entri ini.
Mengundang kemarahan berjuta niqabis yang membaca.(Ecewahh!Macam ada orang baca je)

First of all,
buka hati ni nak baca.
Kita sama-sama perbaiki.
Sebab kita sama-sama manusia.

Tak semestinya hang salah dan saya betul.
Begitulah juga sebaliknya.

Saya guna perkataan 'niqabis' bagi merangkumi gadis berpurdah,berniqab mahupun berburkha.
Mudah kerja.

---

Seorang wanita berniqab 'selfie' dan mengupload gambar di facebok.
Mungkin cuma ingin orang tahu bahawa dia berniqab.
Atau mungkin mahu dikenali.

Mungkin juga untuk mendapat komen-komen berunsur islamik dan soleh.

Well said,siapa tak suka tengok orang berniqab.

Terselah solehahnya di situ.Maybe?

---

Seorang gadis berniqab keluar berjalan-jalan di Mid Valley.
Dia sangat menjaga tsiqah(menjaga keperibadian baik) dari segala segi.

Dia juga tidak mengupload gambar di facebook,wechat or whatever yang sewaktu dengannya.

Mungkin dia selalu tajdid niat.
Berniqab hanya kerana Allah.

Bukan untuk mendapat perhatian dunia dan seisinya.

(Takde kaitan dengan Mid Valley pun sebenarnya)

---

Saya tekankan kepada gambar kerana ianya melibatkan penglihatan.
Sebab gadis berniqab terkenal dengan pakaian luarannya yang nampak solehah.

Gambar.Umum.

Jangan terkejut bila ada orang yang akan save gambar-gambar gadis berniqab.
Di mana dia akan tenung selalu.

Cuba tenung dalam-dalam mata yang bulat kelihatan.
Juga cuba untuk 'menembusi' kain yang menutup.

Dan jangan terkejut bila gambar itu rupanya gambar anda.

Atas keperluan apa mengupload gambar seperti itu di laman umum?

Sebagai tontonan?Mengharap pujian?Mengharap orang pandang chantek dan solehah?
Supaya satu dunia tahu anda berniqab?

Macam mana dengan redha Allah?
Macam mana dengan syurga yang selalu kita kejar?
Dan neraka yang semakin mengejar?

Check balik tujuan asal kita berniqab.
Sebab nak grab redha Allah.

Allah tu tujuan kita.
Allah.

Berniqab mengelak fitnah.Mengelak tarikan.Mengelak ujian kepada para lelaki.
Mengelak pandangan mereka yang selalu cuba untuk menembusi.(Wahh gelinya!)

Bukan lagi bagi chance untuk tengok kita hari-hari.

Bukan saya shoot budak niqabis sedangkan pemilik jantung hati saya sendiri berniqab (dan saya nampak mujahadahnya dalam menahan diri dari buat semua benda ni).

Sahabat seusrah juga ramai yang berniqab.
Dan mereka juga turut berpendapat seperti saya walaupun mereka berniqab.

Tidak sekali-kali.
Saya sayang gadis berniqab.
Seriously.(Ecewah!)

Dan bukan semua gadis berniqab buat macam ni.
Saya yakin ramai tak buat macam ni.
Mungkin hanya 1 dalam 100 je yang buat.
Mungkin laa~

Mereka kadang - kadang turut terkena tempias yang sama walaupun bukan mereka yang buat.
Maka,saya tak salahkan semua.

Kepada yang melakukannya,
kerana anda,yang lain turut terkena tempias sama.

Yang rasa-rasa terkena batang hidung yang penyek tu,mohon sentap dan bertaubat lah ye?

Kepada gadis-gadis yang berniqab,sila tajdid niat.
Ingat Allah banyak-banyak.

Apa pandangan Allah kat kita kalau kita buat macam tu?
Redha tu,macam mana?
Rasa-rasa Allah lagi sayang ke kat kita kalau kita buat macam tu?

Dear girls,tolong check balik niat.

Tolong jangan kalah dengan nafsu.





NewerStories OlderStories Home

1 comment:

  1. Nak share kat sekolah pun boleyy,awak ^^ Dipersilakan dengan segala hormatnya!

    ReplyDelete