Tinta buat Hawa

Duhai semua wanita,

kerana engkau terlalu cantik dan terlalu indah pada pandangan semua manusia,
hatta semua makhluk memandang kau dengan penuh pesona,
hinggakan mereka yang menginginkanmu sanggup melakukan apa sahaja,

Oleh itu Allah telah meletakkan garis panduan agar engkau,duhai wanita terus selamat berjalan di atas bumiNya.

Allah menetapkan syarat agar engkau menutup aurat,
agar sang lelaki yang melihatmu tidak terus terpikat.

juga menetapkan agar engkau rendahkan suaramu yang lunak menggoda,
agar lelaki yang berbicara dengan mu tidak luluh hati mendengarkannya.

Allah juga meletakkan syarat agar engkau menjaga tingkah mu yang penuh lembut,
agar sang lelaki tidak terpegun hingga sanggup melutut.

Namun Allah mengetahui bahawa pasti akan ada wanita yang tidak menurut syaratnya,
Oleh itu,Sang Pencipta yang terlalu menyayangi hambaNya ini meletakkan pula azab yang pedih jika tidak mengikut peraturan itu,
Agar mereka takut seraya terus mengikut.

Kerana apa?
Kerana sayang teramat kepada kaum hawa ini agar mereka tetap selamat!

Wanita,buka mata.
Jangan menyalahi fitrah seorang muslimah yang sepatutnya berada dalam keadaan terlindung maruahnya,tinggi penghormatan kaum adam kepadanya,hebat sebagai umat baginda dan sentiasa berada di bawah rahmat dan barakahNya.

Wanita,aku mohon,tolong sedar.
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment